Sunday, January 23, 2011

MS Machine






~~~MS Machine~~~

Bercerita mengenai ms machine ini , saya sbnrnya cukup bertuah . Hasil idea yang hanya ingin melengkapkan silibus (persatuan inovasi ) telah membuatkan kami PISMP PJ cukup berbangga dengan hasil inovasi ini.

Penyertaan dalam peringkat IPGM KKB pada awalnya adalah hanya sekadar bagi membolehkan kami semua lulus subjek persatuan berkenaan. Namun umpama pucuk yang dicita ulam yang mendatang “ puitisnye” hak4. Tapi ini lah saya , semoga pembaca dpt lebih mengenali diri saya melalui blog ini .

Berbalik pada cerita Ms machine yang telah menaikkan nama kami . MS machine ini merupakan kerja keras kelas saya terutamanya saya sendiri dan rakan , housemate , dan rumate mohd sharimi shaari.

Menyingkap kembali saat pembikinan MS machine / alat senaman ini , teringat saya pada saat-saat kami bersusah payah untuk menyiapkan projek ini . setelah rangka disiapkan , tiba lah masa untuk menterjemahkan idea ini kepada alat yang sebenar. Bagi menyiapkan projek ini , saya dan sharimi perlu mencari basikal buruk sebagai komponen utama untuk dijadikan alat ini. Yang menjadi satu kenangan kepada kami disebalik alat MS machine ini , kami telah membawabasikal buruk ini dengan menaiki motosikal dari tempat kami membeli basikal buruk ini ke tempat untuk di potong , dipateri “welding “ sehingga menjadi bentuk yang kami mahukan. Perjalanan selama hamper satu jam lebih ini dirasakan cukup memeritkan, namun kelakar pon ada . mane tidaknye, kami menyedari mata-mata yang memandang pelik pada kami kerana mengangkut basikal menggunakan motosikal. Kami sndri ketawa spjg perjlnan mengenangkan perlakuan kami. Namun demi menyiapkan tugasan ini. Kami teruskan perjalanan hingga ..............


Hasil projek ini telah membawa kami memenangi anugerah emas dalam pertandingan inovasi peringkat IPGM KKB , dan kami juga sampai ke IPGM Sultan Mizan Besut dengan “basikal buruk “ ini hingga turut memenangi anugerah emas peringkat Zon TImur . Hasil idea ini juga telah membawa kami ke IPGM Dato Razali Ismail Terengganu pada 19.01.2011 sebagai pengiktirafan atas hasil inovasi kami ini.

** pengiktirafan drpd pengrh IPGM KDRI**



~~ Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan......



** bersama VIP IPGM KDRI **


** Seorang penuntut IPGM KDRI menggunakan
MS Machine **


**sharimi menerangkan penggunaan MS Machine**


** Innovation Crew :: Fauzul Azmi , Ainul Basirah
Noor Fatehah , Mohd Sharimi , Mohd Fadzly**

2 comments: