Thursday, February 10, 2011

SELAMAT POSTING~~~


Selamat berposting teman-teman dan rakan-rakanku::


Selamat berposting teman-teman dan rakan-rakanku::

Akhirnya setelah 5 tahun lebih masa dihabiskan di maktab @ Institut pendidikan guru , maka tiba lah jua masa yang diharapkan oleh kerajaan setelah membiayai segala pembelajaran seseorg bakal guru menuai hasilnya . tempoh 5 tahun di lihat memg tempoh y agak lama dalam membentuk sifat dan nilai seseorang guru. Dari seorang remaja lepasan sekolah sehingga menjadi seorg y matang dan dewasa , dari usia belasan tahun hingga hampIr mencapai usia suku abad (24 , 25) . usia yang sememgnye sesuai bg seseorg menunjukkan kematangan bagi menyelami kerjaya dan tugas sebenar seorang guru.

Guru~ kerjaya y dilihat amat mudah kerjanya. Namun realitinya adalah amat berat . apa lah erti seseorang insan tanpa guru ?? . dimana mungkin insan itu tanpa didikan dan pelajaran dari guru ??. tugas guru bermula dari seseorang insan y tentunya masih lagi seorg budak y berhingus y kosong jiwanya umpama kertas kosong y menanti corak dan dakwat dari tangan seorang guru . andai hitam dakwat y diguna dan bulat corak y digunakn, maka itu y hasil y guru itu akan perolehi.

Tentu kita semua masih mengingati karya A. SAmad Said , y mengatakn segala-galanya bermula dari seorang guru . bagaimana seseorang itu menjadi jurutera, menjadi doctor, menjadi peguam, menjadi akauntan dan seumpamanya . sudah tentunya org itu juga suatu ketika dulu juga duduk di atas kerusi dan meja y sama sbgai mana orang lain , belajar mengenal ABC dan mengira y sama seperti insan lain. Jadi benar lah , guru adalah pemula utk segalanya..

Mulia sungguh seorang guru itu, dan bertuahnya menjadi guru. Sekali pelajar itu memanggil kita “cikgu !!~~ buat seumur hidupnya, mereka memanggil cikgu.



[ sukernye bila da abes blaja ]

Buat sahabat-sahabat ku, selamat berposting , selamat mengajar dan selamat menjadi seorang CIKGU . Pergi lah kemana sahaja kau ditempatkn. Kerana itu lah perjalanan hidup y telah ditakdirkan untuk kita. Setiap cerita hidup kita tak mungkin sama . cerita hidup ini y akan kita same2 kongsikan nnti.

Kita sentiasa berubah, mengikut waktu beriringan dengan usia . sejak dilahirkan , dari bayi y sentiasa menangis , belajar merangkak dan berjalan meningkat usia , memasuki alam persekolahan sebagai kanak-kanak , seterusnya ke sekolah menengah menjadi remaja y penuh dugaan , pusat pengajian tinggi y kita harapkn , setelah tamat , maka tiba la masa bagi kita utk terbang dari sarang, berdiri sendiri tanpa bantuan mak dan ayah bagi menyuap mulut sndiri.


[ dunia pekerjaan y sgt berbeza ]

~~sila klik~~blog sk kubang kerian 2 ~~~~


BEKERJA = MERUPAKAN PERUBAHAN TERBESAR DALAM HIDUP KITA , TIADA LAGI DUIT Y DIKIRIM OLEH MAK AYAH, TIADA LAGI RAKAN-RAKAN KELAS BERGELAK KETAWA DAN MEMBANTU , TIADA LAGI HIDUP Y SENANG LENANG. TIADA LAGI KEHIDUPAN SEBAGAI PELAJAR

BERKERJA= HIDUP PENUH TANGGUNG JAWAB. SEGALA KEPUTUSAN KITA Y BUAT, SEGALA KeSILAPAN KITA Y TANGGUNG . KITA BERGANTUNG SEPENUHNYA PADA DIRI KITA SENDIRI. HIDUP KITA TENTUNYA BERKISAR DGN TEMPAT KERJA KITA .

PELAJAR ----------à BERKERJA , PERUBAHAN TERBESAR DALAM PERJALANAN KEHIDUPAN KITA . HIDUP SBGAI PELAJAR DAN HIDUP SEBGAI PEKERJA TENTUNYA JAUH SKALI BERBEZA . JADI BERSEDIALAH.

DAN ~~~ PERJALANAN DAN KISAH HIDUP KITA TAK MUNGKIN AKAN SAMA ~~~

1 comment:

  1. batch pertama pismp ramai yg dapat sabah sarawak..adakah anda sudah bersedia??haha

    ReplyDelete